sepintas

on 20091120

tiba-tiba jadi rindu nak shelving buku. tiba-tiba jadi rindu nak buat assignment. tiba-tiba jadi rindu pada PTAR Puncak Perdana. tiba-tiba jadi rindu nak berada di samping mereka, seperti mana Daniel yang pertama kali masuk ke makam buku-buku yang dilupakan. tiba-tiba...

aku masih lagi ingin menyambung pengajian. mungkin selepas along dan deqla tamat belajar. terasa terlalu banyak untuk dicapai, terasa terlalu tamak untuk merancang. dan aku tiba-tiba juga terasa seperti ingin menjadi Dr Hanna Heath, kerjaya idaman barangkali. sepintas rasa ini, moga-moga menguatkan aku untuk berjuang di sini untuk sampai ke situ. moga-moga.

rindunya nak shelving buku lagi...

ekspresi

on 20091118

di kala mereka yang lain ketawa dengan penuh perasaan, dia dengan wajah selamba dan tenang, hanya senyum dan adakalanya kekal dengan ekspresi wajah yang sama. kerana itu, setiap kali trainer kami membuat jenaka spontan, aku akan mencuri pandang ke arahnya untuk melihat sama ada dia senyum atau ketawa sekali dengan jenaka itu.

di tengah kelompok manusia yang ketawa dengan seronoknya, hanya dia tersenyum, atau memandang kosong ke hadapan, sedangkan aku meneka-neka, apa yang ada di fikirannya sekarang? di mana dia berada kini? kenapa dia langsung tak ketawa?

dan kemudian anne menyiku: kenapa kau asyik pandang ke arah sana sahaja?

aku cuma menggeleng, kembali semula ke kelas bersama deraian tawa manusia lain yang ingin menghayati nilai hidup gembira di saat itu. sesekali menjeling ke arahnya. ingin sekali berbual-bual dengan dia seperti hari itu, namun aku lekas kelu dan hilang idea untuk berbual. apatah lagi, aku lekas gementar dan gugup. walaupun hanya untuk menegur sepatah dua kata atau sekadar berbasa-basi, akhirnya aku akan jadi senyap sahaja. dan hanya mampu memandang dari sisi sahaja sambil meneka-neka, apa yang dia sedang fikirkan?

duhai, tolong tarik aku kembali dari terawang terlalu tinggi!

Letter to Ryu: Ohishashiburi desu ne?

on 20091112

"I wanna go to a place where I can say
That I’m all right I’m staying there with you
I wanna know if there could be anyway
That there’s no fight,and I’m safe and sound with you

And every time I look,I thought you were there,
But it was just my imagination
I don’t see it anymore cause I see through you now..."
-I wanna go to a place, Rie Fu-

watak-watak

on 20091109

berada di sini, setiap kali melihat mereka yang berada di sekeliling saya, saya membayangkan mereka sebagai refleksi watak cerita-cerita yang saya ingin benar tulis [namun hanya berputar di kepala sahaja]. melihat kelakuan dan ekspresi diri mereka, personaliti dan pemikiran mereka, cukup membuat saya senyum dan gembira hari itu sebenarnya [walaupun ada yang menegur saya yang kurang tersenyum dan kelihatan serius juga stress - bukan, saya memang begini]. kerana mereka yang berada di sekeliling saya, ilham saya mekar mewangi, namun masih belum sempat saya tangkap wangian itu di atas kertas kosong ini. mereka yang menghiasi sekeliling saya, dalam kesenyapan saya memerhati dan merakam perlahan-lahan laku dan trait diri mereka.

di sini, saya bertemu watak Fawwaz. kelihatan seperti nerd, lengkungan senyuman yang membuatkan saya juga ingin tersenyum sama, barangkali mengingatkan saya pada senyuman Doraemon yang menghiasi almari buku saya. sesekali sahaja bercakap dengannya, itupun sesuatu yang saya kira agak kurang ramah jawapan yang saya beri untuk menutup rasa gementar berhadapan dengannya, maaf saya sengaja begitu, membiarkan asumsi itu-ini yang negatif tentang diri sendiri. dan kemudian, watak Firda yang agak peramah dan suka bercakap, dia sendiri mengakui dirinya seorang yang 'gedik', tapi saya sukakan caranya menyerlahkan dirinya di hadapan orang dengan yakin dan penuh semangat, selalu dihiasi humor spontan. kembar kepada Fawwaz [tapi lain mak, lain bapa, heh]. dan kemudian watak Shikin yang agak berani dan berterus-terang, ceria dan bersemangat, melanggar apa sahaja cabaran di hadapannya, juga tegas dan kadangkala sama seperti Firda. dan watak Hanafi yang juga seorang yang penuh kuriositi dan semangat yang ingin membantu. seorang jurnalis dan penulis yang waktu mula-mula bertemu di dalam kelas, agak berbeza dari yang lain dan jujurnya saya pernah terasa skeptik dan terganggu dengan personalitinya. namun semakin mengenali, analitis mindanya membuatkan saya menghormati dia perlahan-lahan, apatah lagi bila kami batch 149 B dalam kelas terasa semakin rapat dan mengenali antara satu sama lain, keadaan mungkin sangat berbeza apabila kami semua akan ditempatkan di lokasi dan masa yang berbeza nanti. dan seorang lagi watak yang kadangkala senyap pendiam di kelas, namun sangat petah apabila bersuara, kesenyapan dan kebisingannya sering menarik perhatian saya. belum pasti nama apa yang sesuai dengan refleksi dirinya. dan hari ini, saya dan dia... ;)

letter to Ryu: pilihan

on 20091108

perasaan tamak ingin memiliki dan ketidakpuasan hati dengan apa yang dipunyai. kau berada di hujung jurang, sama ada sampai ke hujung tebing di hujung sana ataupun jatuh terhempas ke dalam gaung yang gelita. perasaan itu, memaksa kau memilih. kuriositi: apa yang ada ada di dalam gaung itu; apa yang menunggu di tebing sana. dan tidakkah ini agak bodoh untuk berada di situ [monolog kau]. ya, tapi kau berada di situ kerana pilihan yang telah dibuat. pilihan yang kau sendiri tak pasti sama ada betul ataupun tak.

lalu, apa pilihan yang kau ambil? perasaan tamak dan tak pernah puas itu memaksa kau bergerak setapak lagi. sedangkan angin selatan menolak-nolak tubuh kau yang goyah, mempengaruhi fikiran kau dengan segala macam khabar palsu. lalu, apa yang akan kau pilih?

Funny Dream

on 20091102

I had a funny dream of you and me we’re drinkin’ wine along the cote d’Azur
And every where we’re waiting to see and we’re walkin’ in the rain
I had a funny dream of you and me we never even knew each other
It’s getting darker for us to see what was locked up in the chains
Very tempting matter, you give me a drop of optimism
You lit the soreness to the core
And I’m waiting for the three-three-three
Not shaking any more

I had a funny dream of you, and me we spend all day looking out the window
You smoke, I cough, you quit it all for me
And we’re laughing in the shade of the tree
I had a funny dream of you, and me, and realize this is all shallow
Shallow dreams, but I can be anything for you I wanna stay calm all the time
Very subtle matter, I say give me a drop of optimism
You take it to a brighter sky
And I’m waiting for the three-three-three
And not for any guy

Oh come on and hear me out, this is all too fast all too fast...
This is all too fast this is all too... Good!!!

I had a funny dream of you and me we’re drinkin’ wine along the cote d’Azur
And every where we’re waiting to see and we’re walkin’ in the rain
I had a funny dream of you and me we’re walkin’ down the avenue
We kiss and we never believe in fortune telling ladies
Very subtle matter, I say give me a drop of optimism
You take it to a brighter sky
And I’m waiting for the three-three-three
And not for any guy

Title: Funny Dream
Artist: Rie Fu
Album: Rose Album
Year: 2006

p/s: my favourite song right now :)

beku dan buku

Agak lama tak menulis karya kreatif atau menghantar sebarang hasilan idea ke penerbitan. Dan aku terasa tersangat beku ketika ini. Sudah lama tak mengedit novel, atau mencatat puisi, apatah lagi mengarang cerpen. Dan di ketika ini, ada satu perasaan yang aneh bertanya pada diri: bukankah kau ingin jadi pencerita?

Ya, aku ingin jadi pencerita, sejak di sekolah lagi. Sejak membaca cerpen di Dewan Pelajar, aku cuba menulis cerita yang sama, tapi ayat pertama cerita aku tak pernah lengkap ketika itu. Ketika mendengar kata-kata Cikgu Wan Zaini, aku juga berharap akan membuatkan dia sedikit bangga bila sahaja dia membaca sebaris nama aku di majalah atau surat khabar. Dan aku menulis pelbagai cerita yang tak pernah diterbitkan, karya mentah naif yang membuatkan aku rasa teruk dan menyampah. Hingga sekarang juga, aku masih rasa perkara yang sama walaupun karya itu telah dterbitkan. Mungkin ini yang membuatkan aku agak tersekat untuk menulis fiksyen. Tapi nasihat seorang teman: tulislah apa sahaja. Ya, betul. Tulis apa sahaja, sebab itu blog ini masih belum di ‘autolisis’ kan seperti sebelumnya. Tapi menulis karya kreatif bukan semudah menulis apa sahaja, aku sebenarnya cerewet dan kadangkala mudah bosan yang menyebabkan banyak cerita yang aku mulakan, aku tak akhirinya dengan hati yang puas.

Jadi sekarang, aku cuma ingin menghabiskan masa membaca sahaja untuk mencairkan semula otak kreatif yang beku. Di tangan kini, My name is Red karya Orhan Pamuk. Membaca tentang pengalaman Orhan menulisnya dalam Other Colours membuatkan aku tak sabar ingin masuk ke dunianya. Dan Wuthering Height, aku menonton versi visualnya di Youtube dahulu sebelum masuk ke dalam buku. Ingin menyambar Paper, Time Traveller’s Wife, The Silk Factory serta Angel’s game ketika di Kinokuniya, malangnya aku perlu menunggu bulan hadapan dahulu, huhu...